
MUDEER
Sistem Ini Boleh Bantu Anda Tambah Pelajar Tanpa Tambah Staf
Tambah pelajar memang seronok. Tapi bila pelajar makin ramai, kerja pun makin banyak.
Kalau setiap bulan, anda menghadapi cabaran:
Susah nak pantau tunggakan
Mengira elaun guru
Merekod maklumat pelajar & kelas
Semua di atas 😅
Dan anda sedang mencari penyelesaian boleh klik link di bawah.

Selepas interview berpuluh-puluh owner kelas mengaji dan pusat tuisyen, kebanyakannya menghadapi cabaran yang sama.
1. Segan nak minta ibu bapa untuk bayar yuran.
Biasanya kelas mengaji mula dengan guru mengajar sendiri.Setiap bulan ibu bapa bayar sendiri yuran, kita tak perlu minta.Cuma bukan semua orang akan bayar tanpa kita minta.Lagi-lagi kalau pelajar semakin ramai. Kita akan jumpa macam-macam ragam ibu bapa.

2. Tak tahu siapa yang dah bayar atau belum.
Bab duit jangan main-main.Saya pernah terbaca mesej daripada parent, tuduh ustaz “gila duit” sebab ingatkan dia pasal yuran walaupun dia dah bayar. Padahal ustaz terlupa nak tulis je.

3. Guna Excel pun OK?
Kita pun tulis la dalam Excel ke Google Sheets ke. Setiap kali pelajar bayar, kita update.Cuma setiap bulan, jadi terlalu sibuk bila tiba masa pembayaran yuran.Sampai tak sempat nak update Excel.Lama-lama kita sendiri tak yakin dengan data dalam Excel tu.“Betul ke pelajar ni belum bayar? Aku terlupa update ke bulan lepas?”.Last-last kita segan nak minta bayar yuran sebab takut tersilap.Ini kelemahan Excel, kita kena update sendiri.
4. Susah nak kira elaun tutor.
Hari demi hari, alhamdulillah pelajar semakin ramai.Sampai satu tahap, jadual terlalu padat, tak boleh tambah pelajar lagi dah. Kita pun upah la kawan-kawan lain untuk mengajar.Cuma bila dah ada guru lain, kena fikir pula macam mana nak bayar upah.Setiap bulan, guru hantar laporan mengajar masing-masing. Ada guna Google Form, ada guna Google Sheet.Cuma akhir sekali, kita tetap kena semak satu-satu, kira berapa kena bayar dan buat bayaran secara manual.Kerja ni memakan masa dan melambatkan kita bayar guru. Nanti lari pula guru-guru star kita.Ada kelas mengaji, nak senang, dia minta guru kira sendiri. Kemudian dia bayar je. Bukan apa, guru pun boleh buat silap.
Kenapa saya bangunkan MUDEER?
Sebab tu, pada tahun 2021, saya bangunkan sistem MUDEER.Setahun sebelum saya bangunkan MUDEER, saya borak dengan kawan yang buka pusat pengajian Al-Baghdadi. Saya tanya dia, macam mana dia uruskan yuran pelajar.Dia ada senarai pelajar dalam Excel. Setiap bulan dia copy Excel yang sama dan update yuran pelajar untuk bulan tu.Cuma ada masa bila dia terlalu sibuk, dia tak sempat update. Sampai ada banyak salinan Excel, tak tahu yang mana latest.Saya tanya, “tak ambil staf untuk bantu?”. Dia cakap, “staf memang boleh cari, tapi susah nak cari yang boleh dipercayai dan boleh buat kerja”.Dari situ, lahir lah sistem MUDEER dengan fokus utama untuk bantu kelas mengaji dan pusat tuisyen kutip yuran dan bayar guru dengan lebih cekap.Dua tahun kemudian, saya ambil keputusan untuk tamatkan perkhidmatan sebagai pegawai di sebuah institusi pendidikan awam untuk fokus sepenuhnya pada MUDEER.
Alhamdulillah bulan lepas sahaja MUDEER bantu:
Kutip yuran sebanyak RM906,850.30
Jalankan 20,446 sesi kelas

Bagaimana MUDEER boleh bantu anda?
MUDEER boleh membantu anda dengan tiga fungsi utama:
1. Yuran Bulanan Automatik

Biasanya setiap bulan, waktu paling sibuk (dan stress) adalah bila tiba masa pembayaran yuran. Time tu la kita nak rekodkan bayaran, time tu juga la kita nak ingatkan ibu bapa untuk bayar yuran.Dalam MUDEER, kita boleh tetapkan yuran bulanan dan tarikh kita nak invois keluar.Contohnya, setiap 7 hari bulan, sistem akan keluarkan invois kepada ibu bapa secara automatik.Tak perlu lagi kita ingatkan sendiri ibu bapa untuk bayar yuran. MUDEER buatkan.
2. Resit Automatik
Ibu bapa pula, bila dapat invois, boleh bayar terus dan sistem akan keluarkan resit.Ada dua cara untuk ibu bapa bayar:
Payment Gateway - Ini cara paling mudah. Ibu bapa boleh buat bayaran sendiri dengan menekan butang Pay Now pada invois. Selesai je sistem akan keluarkan resit. Kita tak perlu buat apa-apa.
Transfer dan muat naik bukti pembayaran - Ibu bapa transfer ke akaun kita, macam biasa, kemudian muat naik sendiri bukti pembayaran. Kelebihannya adalah kita tahu pembayaran tu untuk siapa dan tak perlu lagi kita scroll WhatsApp cari balik resit.
3. Kiraan Elaun Automatik

Setiap kelas yang kita buka, kita boleh tetapkan guru yang mengajar dan juga elaun.Contohnya, Ustazah Farah mengajar kelas Iqra’ dan kita bayar dia RM20 setiap jam.Kita boleh tetapkan kadar elaun yang berbeza untuk kelas lain yang guru ni ajar. Contohnya kelas berkumpulan, mungkin dia dibayar RM30 setiap jam.Guru akan log masuk dengan akaun sendiri dan masukkan laporan setiap sesi yang mereka jalankan.Daripada data tu, sistem akan jana laporan elaun bulanan untuk setiap guru berserta jumlah elaun yang perlu dibayar.


4. Laporan Kelas Untuk Ibu Bapa

Bukan tu je, laporan yang guru masukkan tadi akan dilampirkan bersama invois yang ibu bapa terima setiap bulan.Tak perlu kita sibuk kumpul laporan kelas setiap kali ada ibu bapa minta. Mereka boleh baca sendiri.

Apa yang anda dapat dengan MUDEER?
Sistem MUDEER ni macam hire seorang staf admin yang bekerja sepenuh masa.Anda akan dapat:
1. Capaian penuh sistem MUDEER, termasuk:
Reminder yuran automatik
Resit automatik
Kiraan automatik elaun guru
Unlimited akaun guru - anda boleh daftarkan sebanyak mana guru tanpa caj tambahan.
2. Bonus 1: Import Data Pelajar
Saya faham anda sibuk. Kalau ada data pelajar dalam Excel, saya boleh bantu import ke dalam sistem.
3. Bonus 2: Panduan Lengkap Guru
Setiap guru akan dapat akaun mereka sendiri untuk mereka masukkan laporan kelas.MUDEER mudah je untuk guru gunakan. Ada guru-guru yang dah senior pun guna tanpa masalah.Tapi jangan risau, saya akan sediakan video panduan lengkap untuk bantu guru-guru anda.
4. Bonus 3: Support Group
Biasanya orang risau, “Nanti ada training ke? Kalau ada pertanyaan nanti, ada orang akan bantu ke?”.Jangan risau. Pertama sekali, saya akan buka WhatsApp group khas untuk team anda. Boleh tanya apa-apa dalam tu.Kemudian saya akan share video step-by-step, cara gunakan MUDEER.Lepas tu, kalau perlu, kita boleh set masa untuk saya buat training online khas untuk team anda.

Jadi, berapa untuk semua ni?
Saya faham, bukan semua orang sanggup invest untuk tambah baik pengurusan.Kalau hire consultant pun, boleh cecah RM5-6K untuk semua ni.Tapi untuk mula guna MUDEER hanya ada yuran pendaftaran, RM200.OK mungkin anda fikir, “kalau dah cuba nanti, tapi MUDEER tak sesuai?”.Sebab tu ada 30 hari money-back guarantee. Kalau dalam tempoh 30 hari tu, rasa MUDEER tak sesuai, cakap je, saya akan pulang balik yuran pendaftaran.Selepas tu, kos untuk MUDEER ikut bilangan pelajar setiap bulan.Hanya RM3 untuk setiap pelajar aktif.Maksudnya kalau anda ada 50 orang pelajar, kos MUDEER pada bulan tu hanya RM150. Dan ini termasuk kos notifikasi reminder yuran dan resit. Tak ada hidden cost lain.Kalau pelajar anda ramai? Jangan risau, ada volume discount. Lagi ramai pelajar, lagi jimat.
Diskaun Hujung Tahun?
Sempena hujung tahun ni, semua tengah rancang untuk tahun depan, ada promosi Hujung Tahun dengan diskaun 50% Yuran Pendaftaran.Yuran pendaftaran, daripada RM200, jadi RM100 sahaja.Cuma ada syarat, kena daftar sebelum 31 Oktober 2026. Selepas tu yuran pendaftaran kembali ke RM200.In sya Allah lepas mendaftar, saya akan bantu set up sistem sampai boleh keluar invois secara automatik secepat mungkin. Kalau dah ada data dalam Excel atau Google Sheets, lagi cepat.Kalau memang nak upgrade pengurusan boleh tekan butang di bawah.
Masih ada pertanyaan? WhatsApp Saya



